PENGENALAN

Papan tanda perpustakaan Desa PNM Kg Sepinang


Perpustakaan Desa PNM adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk.Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar.
Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan merupakan pusat yang akan memberi perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.



Perpustakaan Desa PNM Kg Sepinang telah dibuka kepada orang ramai pada bulan March 2006.Setakat ini jumlah keahlian Perpustakaan Desa PNM Kg Sepinang adalah seramai 842 orang.

Dicatat oleh Perpustakaan Desa PNM Kampung sepinang Segamat