Selasa, 8 Jun 2010

Latarbelakang

Perpustakaan Desa sebelumnya diwujudkan oleh agensi-agensi seperti RISDA,KEMAS dan FELDA.Pada asalnya Perpustakaan diwujudkan dibalairaya,dewan orang ramai,bilik bacaan atau mana-mana yang difikirkan sesuai dan mudah dikunjungi oleh masyarakat setempat.Walaubagaimanapun mulai Rancangan Malaysia ke 7,Kerajaan Persekutuan melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi peruntukan untuk pembinaan banggunan Perpustakaan Desa.Dengan pembinaan banggunan Perpustakaan yang sendiri,ia dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan Perpustakaan Desa kepada masyarakat.

Perpustakaan Desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap menyeluruh.Dengan ini ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba pengetahuan.Di samping itu,pengwujudan Perpustakaan Desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan.Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti Perpustakaan Desa.

Pengawasan Perpustakaan Desa di seluruh negeri adalah di bawah tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia .Di Perpustakaan Desa terdapat seorang Pembantu Perpustakaan dan seorang Penyelia Perpustakaan untuk pentadbiran.