LOGO PERPUSTAKAAN DESA PNM




                


Rekabentuk logo ini menggunakan motif bulatan yang memberi simbol kepada figura manusia yang sedang memegang buku dengan formasi seakan-akan huruf " C " sebagai tangan dan bulatan di tengah sebagai kepala. formasi ini di lihat daripada pandangan atas " top view " . Aksi figura yang sedang membaca ini memberi signifikasi kepada perpustakaan dan aktiviti membaca.






Dua elemen grafik yang menyerupai motifdaun pisang dan daun kelapa memberi signifikasi kepada tumbuh2an yang selalunya terdapat di desa atau di kampung. Secara kesimpulannya rekabentuk logo ini memberi maksud individu, intitusi keluarga @ orang persorangan juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari perpustakaan dan mendapatkan bahan2 pembacaan walaupun golongan2 ini tinggal di desa @ di kampung.






Sejajar dengan nama perpustakaan ini juga yang di panggil sebagai " Perpustakaan Desa "


warna yang digunakan mengambil warna kontemporari:


hijau : warna kesegaran & alam semula jadi


Kuning : melambangkan kedaulatan undang2 dan kehormatan


Biru : perpaduan & ukhwah


memberi kesinambungan kepada Perpustakaan sebagai gedung ilmu di mana ia juga merupakan tempat pertembungan budaya pelbagai kaum,bangsa dan agama yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan ini sebagai tempat untuk mentelaah dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat, tidak kira ia wujud di desa atau di bandar amnya.